Showing posts with label Anjing. Show all posts
Showing posts with label Anjing. Show all posts

Friday, February 21, 2014

Melampau Sungguh, Zoo China Tipu Pengunjung, Ganti Singa Dengan Anjing!


Melampau Sungguh, Zoo China Tipu Pengunjung, Ganti Singa Dengan Anjing!


Melampau Sungguh, Zoo China Tipu Pengunjung, Ganti Singa Dengan Anjing! - Sebuah zoo di Luohe, Henan, China mendapat kecaman hebat selepas disyaki cuba menipu pengunjung dengan menggantikan singa kepada anjing.


Perkara ini kantoi selepas seorang pengunjung yang dikenali sebagai Liu, datang ke zoo berkenaan untuk mengajar anaknya perbezaan bunyi antara binatang.


Liu bagaimanapun terperanjat selepas haiwan di dalam kandang ‘Singa Afrika’ tiba-tiba menyalak.


Selepas dilihat dengan teliti, ternyata ‘singa’ itu sebenarnya anjing baka Tibetan Mastiff yang bersaiz besar dan berbulu panjang.


Hal ini dianggap satu penipuan oleh pihak zoo yang mengenakan bayaran sebanyak 15 Yuan (RM8) ke atas setiap pengunjung yang mahu memasuki zoo tersebut. – Euronews.com

Kejam! Dua Pemuda Bakar Anjing Hidup-Hidup


Kejam! Dua Pemuda Bakar Anjing Hidup Hidup


Kejam! Dua Pemuda Bakar Anjing Hidup-Hidup - Gambar dua pemuda di Taiwan yang membakar anjing menggunakan penyembur api sambil tersengih seterusnya dimuatnaik di Facebook baru-baru ini, menimbulkan kemarahan banyak pihak.


Rata-rata berasa geram melihat reaksi dua pemuda yang kelihatan bergembira malah sempat posing di depan kamera ketika melakukan perkara kejam tersebut.


Dipercayai, pemuda yang bertanggung jawab melakukan perkara ini merupakan rakyat negara luar yang tinggal di Taiwan.


Manakala binatang yang dianiaya itu pada mulanya disangkakan kucing, tetapi sebenarnya anjing.


Motif mereka melakukan perbuatan zalim ini tidak diketahui, dipercayai untuk bersuka-suka.


Kejam! Dua Pemuda Bakar Anjing Hidup Hidup


Bagaimanapun, kedua-dua pemuda ini difahamkan sudah pun ditahan selepas perbuatan mereka diadukan kepada pihak berkuasa Taiwan. – Stomp.com.sg