Showing posts with label Empat. Show all posts
Showing posts with label Empat. Show all posts

Friday, February 21, 2014

Empat Tahun Sorok Mayat Suami


Empat Tahun Sorok Mayat Suami


Empat Tahun Sorok Mayat Suami - LONDON : Seorang wanita dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah mengebumikan secara rahsia suaminya di kawasan berbukit berbatu.


Rebekah Sturdey dituduh berbuat demikian kerana mahu terus memperoleh faedah saraan suaminya yang berjumlah £57,000 (RM314,712) selama lebih empat tahun.


Wanita berkenaan yang berusia 56 tahun mengebumikan suaminya secara rahsia dengan bantuan dua rakan.


Pegawai mengesyaki sesuatu tidak kena apabila elaun hilang upaya dan bayaran pencen berjumlah £77,318 (RM426,893) kepada Geoffrey sedangkan kali terakhir dia dilihat ialah pada 2008.


Mahkamah dimaklumkan bahawa Rebekah memberitahu penyiasat bahawa suaminya bercuti mengelilingi Eropah.


Pendakwa raya Huw Rees berkata: “Ketiga-tiga wanita itu mengebumikan mayat Geoffrey di ladang mereka. Rebekah dan rakannya Boqer-Ore Adie masih menuntut bayaran saraan Geoffrey sehingga perbuatan mereka terbongkar tahun lalu.”


Boger-Ore ialah penjaga Geoffrey yang berdaftar dan dia dibayar elaun untuk menjaga lelaki berkenaan. Pasukan forensik menghabiskan kira-kira £20,000 (RM110,399) untuk menyiasat dari udara dan darat bagi mengesan tempat Geoffrey dikebumikan. – MyNewsHub

Saturday, February 15, 2014

Guru Tumbuk Empat Pelajarnya Sampai Berhamburan Darah!


Guru Tumbuk Empat Pelajarnya Sampai Berhamburan Darah!


Guru Tumbuk Empat Pelajarnya Sampai Berhamburan Darah! – IPOH : Dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan tingkatan satu mendakwa mereka telah diserang oleh seorang guru di sekolah mereka di Sitiawan, Perak selepas guru berkenaan marah terhadap satu insiden melibatkan sekumpulan pelajar.


Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 5.20 petang Rabu di SMJK Nan Hwa, guru terbabit dalam usia lingkungan 30-an dikatakan berang terhadap sekumpulan pelajar yang sedang bermain air di luar bilik darjah.


Apabila salah seorang daripada pelajar perempuan dari kumpulan itu tidak sengaja menyebabkan air terkena pakaian guru tersebut, dia telah bertindak menumbuk muka pelajar itu sehingga lebam.


Guru tersebut kemudian masuk ke kelas untuk untuk memulakan pengajaran.


Tetapi, apabila mendapat tahu bahawa tiga pelajar, termasuk seorang pelajar perempuan lupa membawa komputer riba mereka, dia menjadi marah dan didakwa menumbuk mereka.


Salah seorang pelajar lelaki mengalami pendarahan akibat tindakan tersebut.


Pelajar-pelajar terlibat telah dihantar ke hospital untuk rawatan manakala ibu bapa mereka membuat laporan polis terhadap guru berkenaan.


Pengerusi lembaga gabenor sekolah, Ling Leong Peng berkata pelajar terbabit mengalami trauma dan telah dinasihatkan supaya tidak menghadiri sekolah sehingga tindakan diambil terhadap guru itu.


Ling mendakwa ini bukan kali pertama guru itu melakukan kezaliman.


Bulan lepas, dia didakwa menumbuk seorang pelajar di sekolah itu.


Dia juga dikatakan telah bergaduh dengan pengetua sekolah lain di mana dia mengajar sebelum ini.


Beliau berkata kes-kes melibatkan guru terbabit sebelum ini telah dilaporkan di Pejabat Pelajaran Manjung, tetapi beliau mendakwa tiada tindakan diambil.


“Kami mahu pihak berkuasa menggantungnya dan melakukan sesuatu tentang kelakuannya. Ini tidak boleh berterusan,” katanya.


Ketua Polis Daerah Manjung Komisioner Jaafar Baba mengesahkan kejadian itu. – MyNewsHub

Thursday, February 13, 2014

Guru Mengamuk Belasah Empat Pelajar


Guru Mengamuk Belasah Empat Pelajar


Guru Mengamuk Belasah Empat Pelajar - SITIAWAN : Empat pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini melalui detik menakutkan apabila seorang guru lelaki mengamuk dan bertindak membelasah mereka sehingga mengalami kecederaan kelmarin.


Dalam kejadian pukul 5 petang di makmal komputer sekolah itu, guru berkenaan didakwa menendang sebelum menumbuk dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan.


Seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun mendakwa, dia ditendang di muka oleh guru tersebut hanya kerana tidak membawa buku latihan.


“Akibat perbuatan guru tersebut, saya mengalami pendarahan di bahagian dagu dan dibawa oleh dua orang rakan ke bilik guru untuk membuat laporan.


“Saya sempat memaklumkan kejadian tersebut kepada keluarga sebelum mereka datang membawa saya untuk membuat laporan polis,” ceritanya.


Seorang lagi mangsa yang merupakan pelajar perempuan mendakwa, dia menerima nasib sama apabila guru yang bagaikan dirasuk bertindak keluar dari makmal komputer dan menumbuk lima kali di bahagian mukanya. – Kosmo

Wednesday, February 12, 2014

Sedih Ibu Bapa Mereka Didakwa Di Sweden, Empat Adik Beradik Tak Ke Sekolah


Sedih Ibu Bapa Mereka Didakwa Di Sweden, Empat Adik Beradik Tak Ke Sekolah


Sedih Ibu Bapa Mereka Didakwa Di Sweden, Empat Adik Beradik Tak Ke Sekolah - KOTA BHARU : Keluarga pasangan suami isteri rakyat Malaysia, Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshal redha dengan keputusan mahkamah bagi mendakwa kedua mereka secara berasingan atas tuduhan mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka.


Abang Shalwati, Badrul Hisham Mahzan, 55, ketika dihubungi menjelaskan tiada apa yang dapat dilakukan selain terus berdoa agar suami isteri itu akhirnya dibebaskan dan kembali bertemu anak-anak mereka.


Perbicaraan kes pasangan itu berkemungkinan bermula pada 18 Februari ini dan dijangka mengambil masa 10 hari.


Keempat-empat anak mereka, Aisyah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, kini berada dalam jagaan ibu saudara mereka, Shaleena Norshal, 42, di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor.


Azizul Raheem yang merupakan pengarah Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji ditahan pada 18 Disember lalu untuk membantu siasatan kerana didakwa memukul anak mereka yang tidak bersolat.


Berikutan penahanan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia minggu lalu.


Sementara itu kempat-empat anak pasangan tersebut dikatakan sedih dengan berita berkenaan dan tidak ke sekolah pada Selasa.


Wakil keluarga berkenaan memaklumkan, adik beradik berkenaan tidak mahu diganggu dan dan memerlukan privasi. – Astroawani.com