Showing posts with label Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kahwin. Show all posts

Friday, February 21, 2014

Aidil Zafuan Rancak Buat Persiapan Kahwin


Aidil Zafuan Rancak Buat Persiapan Kahwin


Aidil Zafuan Rancak Buat Persiapan Kahwin - BULAN depan bakal berlangsungnya perkahwinan kedua buat bekas suami pelakon Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan bersama pilihan hatinya, Zarema Zainal.


Antara persiapan pemain bola sepak ini termasuklah dari segi busana perkahwinannya yang ditempah dari butik Cosry.


Menerusi laman Instagramnya, Aidil telah memuatnaik gambarnya bersama pereka fesyen, Putra Aziz dengan ‘caption’ berbunyi: “Fitting at Cosry with Abg @putraaziz_cosry.”


Aidil Zafuan Rancak Buat Persiapan Kahwin


Rasanya, mungkin perkahwinannya bakal diraikan dengan penuh meriah kerana sudah mendapat restu keluarga berbanding sebelum ini.


Apa pun, diharap Aidil walaupun sudah berkahwin tidak akan melupakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anaknya hasil perkahwinan sebelum ini. – MyNewsHub

Wednesday, February 12, 2014

Berkepit Dengan Isteri, Cara Fizo Omar Bercinta Selepas Kahwin


Berkepit Dengan Isteri, Cara Fizo Omar Bercinta Selepas Kahwin


Berkepit Dengan Isteri, Cara Fizo Omar Bercinta Selepas Kahwin - KUALA LUMPUR : Sejak mendirikan rumahtangga, pelakon dan pengacara, Fizo Omar akui akan sentiasa membawa isterinya, Mawar ke mana sahaja untuk meluangkan masa bersama sebaik mungkin.


Fizo Omar berkata dia tidak kisah jika ada pihak yang kurang semang dengan tindakannya yang sering mengusung bersama isterinya, Mawar ke mana -mana majlis kerana akui mereka sedang melalui fasa percintaan selepas kahwin.


“Mestilah Mawar kena sentiasa ada bersama saya. Kami kan baru nak merasa bercinta walaupun dah berkahwin. Jadi inilah cara kami habiskan masa bersama.


“Lagi pun saya mahu sedikit sebanyak dia semakin faham dengan kerja saya. Tapi tidaklah selalu sangat dia ikut saya, cuma ada masa-masa tertentu saja. Mawar pun ada kerja dia sendiri, sebagai contoh dia yang bertangggungjawab untuk mencipta setiap rekaan tudung Fareeda.


“Tapi sebenarnya kalau dari segi bekerja, boleh dikatakan memang kami sentiasa bersama walaupun kami kendalikan bidang perniagaan yang berlainan. Tapi kami berkolaborasi untuk cari peluang perniagaan bersama.


“Dengan cara tu juga agak memudahkan kami, misalnya kalau nak jumpa klien kami boleh pergi bersama-sama,” katanya.


Fizo dan isteri ditemui hadir bersama di karpet merah ketika ditemui sewaktu di acara karpet merah Anugerah Meletop Era di Stadium Putra Bukit Jalil baru-baru ini.


Fizo berkahwin dengan anak kepada pengasas tudung jenama Fareeda itu pada 10 November tahun lalu.


Sementara itu, berkongsi sedikit mengenai kehidupan mereka kini, Fizo berkata sejak bergelar suami hidupnya semakin teratur dengan kehadiran suri dalam hidupnya.


“Syukur Alhamdulillah, semakin bahagia dan hidup pun lebih teratur. Mungkin inilah yan dikata rezeki kahwin, sebab perniagaan Hot Burger saya pun dah berkembang. Begitu jua dengan perniagaan tudung Fareeda yang akan buka lagi tiga cawangan,” luahnya lagi. – Murai