Showing posts with label Mohon. Show all posts
Showing posts with label Mohon. Show all posts

Saturday, February 15, 2014

Nak Mohon Kerja Dalam Emel Tulis “Huhu”


Nak Mohon Kerja Dalam Emel Tulis “Huhu”


Nak Mohon Kerja Dalam Emel Tulis “Huhu” - Kelemahan paling ketara ketika ini dalam kalangan golongan muda yang ingin mencari pekerjaan ialah bagaimana memohon kerja di sesuatu tempat atau daripada seseorang kerana kebanyakan daripada mereka dilihat kurang arif tentang selok belok memohon pekerjaan pada peringkat awal.


Pada peringkat awal bermakna pada peringkat ingin menghantar butiran diri dan menulis surat memaklumkan keinginan mencari pekerjaan kepada pihak bertanggungjawab iaitu syarikat yang menawarkan jawatan kosong.


Personaliti televisyen dari TV3, Ahmad Fedtri Yahya hari ini dilihat meluahkan kekecewaannya apabila menerima emel dari seorang mahasiswa yang berkemungkinan ingin memohon jawatan tetapi permohonan itu dihantar melaluinya.


Petikan imej emel berkenaan dikongsikan Fedtri di laman Instagramnya, fedtriyahya dan penulis faham akan kekecewaan yang dirasai oleh beliau.


Melalui petikan itu, tajuk emel berkenaan ialah ‘cover letter’ atau pun surat sokongan dengan tiada kata-kata pengenalan diri atau pun memaklumkan tujuan emel berkenaan dihantar.


“Pelajar universiti entah siapa-siapa, memohon secara rasmi begini? Tiada pengenalan diri, tiada salam. Siswa kategori apa ni?,” kata Fedtri melalui laman Instagramnya.


Individu atau pelajar yang membuat permohonan hanya menaip empat huruf dalam ruangan kata-kata dalam emel itu, iaitu “huhu” yang jelas tidak beradab dan tidak bersopan.


Sebenarnya, jika ingin memohon pekerjaan ia hendaklah dilakukan secara rasmi dengan tulisan memaklumkan tujuan emel dihantar dengan lengkap dan ayat yang digunakan pun profesional.


Bukan ibarat chatting dengan teman lelaki atau kawan rapat seperti ini. – MyNewsHub

Thursday, February 13, 2014

Zizan Razak Mohon Maaf Imej Di Anugerah Meletop


Zizan Razak Mohon Maaf Imej Di Anugerah Meletop


Zizan Razak Mohon Maaf Imej Di Anugerah Meletop - PETALING JAYA : Pelakon dan pelawak Zizan Razak memohon maaf sekiranya pakaian dipakainya semasa Anugerah Meletop Era 2013 pada Sabtu lalu menghina mana-mana pasukan keselamatan di negara ini.


Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak, 30, berkata, dia sebelum ini bimbang pakaian yang mempunyai dua lencana yang didakwa menyerupai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu akan mencetuskan kontroversi seperti mana berlaku kepada aktor Farid Kamil sebelum ini.


Bagaimanapun kata Zizan, penaja pakaian itu menjelaskan penampilannya itu tidak akan mendatangkan masalah sehinggalah dia bersetuju untuk mengayakannya pada acara itu.


“Sebelum setuju memakai pakaian berkenaan saya sendiri bertanya dengan pereka fesyennya adakah tidak menjadi kesalahan sekiranya memakai pakaian menyerupai anggota keselamatan negara.


“Namun pihak mereka meyakinkan saya bahawa ia tidak akan menjadi isu kerana sekiranya lencana tersebut dipakai dengan kedudukan yang betul ia tidak menjadi sebarang kesalahan.


“Bagaimanapun perkara sudah terjadi dan saya mohon maaf terhadap kejadian itu,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.


Zizan mengulas dakwaan apabila dikatakan menghina pasukan keselamatan negara ketika muncul dalam Anugerah Meletop Era 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil, dekat sini Sabtu lalu dengan memakai pakaian yang mempunyai lencana pasukan keselamatan.


Sebelum ini, Farid Kamil pernah dilanda kontroversi sama apabila pakaian di majlis persandingan dikatakan menyerupai satu lagi badan keselamatan negara.


Sementara itu, jurucakap butik Bianco Mimosa berkata, pihaknya tidak berniat untuk menimbulkan sebarang kontroversi berhubung pakaian yang direka untuk Zizan pada malam itu.


Pengurusan butik berkenaan turut memohon maaf kepada pihak terlibat dan kesal atas kejadian tersebut.


“Baik pihak Zizan atau pun Bianco Mimosa kami tidak ada apa-apa niat untuk menghina atau tidak menghormati mana-mana pasukan keselamatan di negara ini dengan sengaja menggunakan lencana berkenaan.


“Kami kesal dengan kejadian itu dan memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat,” katanya. – mStar Online