Wednesday, February 26, 2014

Lelaki Diperangkap Perempuan Simpanan

Lelaki Diperangkap Perempuan Simpanan

Lelaki Diperangkap Perempuan Simpanan - China : Gara-gara tersilap memuat naik gambar ke media sosial, seorang perempuan simpanan telah mendedahkan wang tunai yang dimilikinya iaitu sebanyak £3 juta di dalam bank.

Rupa-rupanya dia bukan sahaja memuat naik gambar bersama kekasihnya yang juga orang kuat parti politik di China, Luo Zhiyuan di Facebook, sebaliknya dia juga memuat naik akaun bank tanpa disedarinya.

Entri tersebut telah menyebabkan Facebook wanita itu, Li Shanshan dihujani dengan pernyataan mengenai wang tersebut.

Shanshan sebelum ini berbuat demikian kerana ingin mengajar kekasihnya yang dikatakan enggan membayar nafkah kepada anak mereka.

Sebagai bukti bahawa dia adalah kekasih Zhiyuan, Shanshan merakamkan selfie bersama Zhiyuan yang ketika itu sedang tidur bersama, dan dimuat naik dalam facebook.

Kini timbul persoalan sama ada Zhiyuan sudah membayar nafkah berkenaan atau tidak, dan berdasarkan akaun yang dimuat naiknya itu, sudah pasti ia menunjukkan bahawa wang nafkah itu sudah dijelaskan kekasihnya.

Namun selepas dihujani pelbagai pertanyaan, Shanshan terus memadamkan entri berkenaan.

Bagaimanapun dia kemudiannya menulis dalam Facebook bahawa wang berkenaan tiada kaitan dengan Zhiyuan, dan ia merupakan urusan peribadinya.

Shanshan juga mendakwa ahli politik yang kaya itu telah memanupulasi orang ramai untuk mendapatkan kontrak dan telah menggodanya untuk menjalin hubungan dengannya.

Dalam pada itu, Zhiyuan dalam satu mesej pesanan ringkas memberitahu perempuan simpananya bahawa jika dia kehilangan pekerjaan, maka wanita itu akan menerima padah. – MyNewsHub

Lelaki Diperangkap Perempuan Simpanan

Sharnaaz: Saya Tak Bodoh Nak Pukul Wanita Hamil!

Sharnaaz: Saya Tak Bodoh Nak Pukul Wanita Hamil!

Sharnaaz: Saya Tak Bodoh Nak Pukul Wanita Hamil! - KUALA LUMPUR : Aktor, Sharnaaz Ahmad akui dakwaan Lisdawati yang menuduhnya menyerang pelakon wanita itu di lokasi adalah fitnah semata-mata kerana dia masih boleh berfikiran waras untuk bertindak di luar jangkaan.
Malah, Sharnaaz berkata ibunya juga seorang wanita dan tak mungkin dia boleh bertindak kasar terhadap wanita hamil seperti Lisdawati.

“Saya tak bodoh nak serang atau pukul wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibu saya juga seorang wanita

“Lisdawati nampaknya telah memfitnah saya. Saya tidak menyerangnya di lokasi. Tapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ini kerana saya bukan seorang yang suka menggunakan media untuk menyelesaikan masalah.

“Saya tidak mahu cakap banyak, hanya orang produksi dan yang berada di lokasi sahaja tahu,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Lisdawati mendakwa telah diserang oleh pelakon utama drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut di Kuang pada jam 11 malam, 19 Februari lalu.

Berikutan insiden itu, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Sharnaaz yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai ketidakpuasan itu mendakwa apa yang diceritakan oleh pasangan suami isteri tentang isu tersebut hanyalah luaran sahaja mengenainya.

“Sebenarnya apa yang mereka cerita itu, diibaratkan hanyalah muka depan dan kulit belakang sahaja tetapi isinya tiada.

“Sudah beberapa kali saya minta berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan hal ini. Mengapa mereka perlu gunakan media? Berdepanlah dengan saya jika mereka benar,” jelasnya lagi.

Dalam laporan akhbar itu, Lisdawati dan suami turut mendedahkan antara pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang telah dihantar oleh Sharnaaz. – Murai

Sharnaaz: Saya Tak Bodoh Nak Pukul Wanita Hamil!

Lepas Baling Telefon, Heroin ‘Ariana Rose’ BERGADUH BESAR Pula Di London

Lepas Baling Telefon, Heroin ‘Ariana Rose’ BERGADUH BESAR Pula Di London

Lepas Baling Telefon, Heroin ‘Ariana Rose’ BERGADUH BESAR Pula Di London - ADA cerita kurang manis yang kami baca mengenai pelakon Nur Fathia Latiff menerusi tulisan wartawan B*Pop, Raja Nurfatimah Mawar.

Khabarnya, teraju utama drama ‘Ariana Rose’ itu kerap kali buat hal sewaktu di lokasi penggambaran termasuklah datang lewat dan tidak hafal skrip.

Ia bukan sahaja terjadi di Kuala Lumpur, sebaliknya ‘merebak’ hinggalah ke London sehingga gandingannya, Keith Foo menggigil kesejukan kerana terpaksa mengulang babak berkali-kali.

Itu baru hal berkaitan disiplin, belum lagi masuk hal pergaulan.

Fathia dikatakan tidak begitu mesra dengan pelakon lain dan krew produksi, tidak seperti Keith Foo, Nabila Huda dan Jonathan yang sentiasa bergurau-senda dan akrab antara satu-sama lain.

Dalam satu kejadian yang disaksikan sendiri oleh wartawan itu, pelakon jelita itu dilihat bergaduh besar dengan penerbit eksekutif, Jalena Rejab.

Ia gara-gara Fathia berdegil untuk tidak melakukan rakaman promo kerana ia merupakan hari terakhir mereka di London.

Pendek kata, mungkin dia tidak mahu hari yang sepatutnya dihabiskan untuk bercuti dan membeli-belah disia-siakan walaupun hanya beberapa minit.

Antara petikan tulisan tersebut berbunyi:

“Raja terkejut melihat Jalena mengamuk hingga menghempas pintu van yang dinaiki. Jalena seperti melepaskan ledakan yang terbuku dalam hatinya selama ini. Butir-butir dialog ketika mereka bertegang urat biarlah Raja simpan saja. Kalau tulis di sini pun nanti Fathia tentu malu. Tapi, mana-mana penerbit eksekutif pun akan marah dengan sikap Fathia!

“Raja bersama pengarah. Raja Ahmad dan pelakon yang berada dalam van ketika itu jadi terpaku seketika, apatah lagi melihat Fathia tetap berkeras tidak mahu melakukan rakaman promo. Hmmm…keras juga hati si Fathia ni…”

Selepas kejadian itu, Fathia dikatakan mula menjauhkan diri dan hanya bersalaman dengan Keith dan Jonathan sahaja sebelum pulang dari KLIA.

Waduh, kenapa sampai begitu sekali ya? Sebelum ini namanya juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan membaling telefon bimbit ke arah pengarah Along Kamaluddin akibat tekanan.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Fathia dengan berkata kejadian itu tidak disengajakannya.

Kami sendiri pun tak tahu hendak komen apa mengenai perkara ini. Senang cerita, tak perlulah hendak tunjuk keras kepala sangat dalam industri ini.

Sedangkan pelakon yang sudah bergelar ‘otai’ pun masih ada sikap rendah diri, inikan pula anda yang baru beberapa tahun bertapak… – MyNewsHub

Lepas Baling Telefon, Heroin ‘Ariana Rose’ BERGADUH BESAR Pula Di London

Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup

Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup

Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup - STOCKHOLM : Anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan atas dakwaan mendera berkata hukuman yang diberikan oleh ibunya tidak meninggalkan kesan secara fizikal sebaliknya dari sudut emosi.

Ammar, 12, menerusi temubual berkata dia mahu keluarganya kembali bersama seperti biasa.

“Saya ingin ibu bapa saya kembali ke rumah dan kami boleh menjalani kehidupan bersama-sama,” kata Ammar dalam video yang dirakam awal Januari lalu ketika perbicaraan di Mahkamah Daerah Solna di sini pada Khamis.

Ammar yang kelihatan kecewa meminta polis yang menemuduganya agar membebaskan ibu bapanya secepat mungkin.

“Ia satu masa yang panjang. Saya berasa pelik apabila tidak melihat ibu bapa saya selama hampir empat minggu,” kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Ibunya, Shalwati Nurshal dilihat mengesat matanya dengan tisu apabila mendengar kata-kata anaknya itu.

Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin ditahan 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.

Aduan itu menyebabkan pihak sekolah melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Dalam temubual bersama anggota polis itu, Ammar menerangkan ibunya pernah menarik telinganya semasa cuti musim panas ke Jerman.

Pada mulanya Ammar berkata kejadian itu “tidak terlalu teruk, ibu hanya tarik telinga saya”.

Walau bagaimanapun beliau mendakwa: “kejadian itu tidak memberi kesan secara fizikal, tetapi kesan emosi seumur hidup”.

Pihak pendakwa yang diketuai Anna Arnell juga dijangka menunjukkan video temubual dengan adik-beradik Ammar iaitu Aishah dan Adam.

Perbicaraan disambung pada 24 Februari. – mStar Online

Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup

Khabar Dari Singapura…Gantung Kepak Ayam Salai Guna Penyepit Seluar Dalam!

Khabar Dari Singapura…Gantung Kepak Ayam Salai Guna Penyepit Seluar Dalam!

Khabar Dari Singapura…Gantung Kepak Ayam Salai Guna Penyepit Seluar Dalam! - KALAU sekali lihat, pemandangan ini mungkin boleh disifatkan sebagai melucukan.

Apa tidaknya, penyepit sebegini biasanya digunakan untuk menggantung pakaian kecil atau pakaian dalam.

Namun, di sebuah ladang di Hougang Ave 6, Singapura, ia dijadikan tempat untuk menggantungkan kepak ayam untuk tujuan pengeringan.

Gambar tersebut diambil oleh seorang pembaca STOMP yang dikenali sebagai Peishan.

“Ini kali pertama saya melihat kepak ayam digantung sebegini. Mereka membawa kepak salai ini ke satu lagi tahap iaitu berserta habuk dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Harap-harap penyepit pakaian itu tidak pernah digunakan untuk menggantung pakaian dalam sebelum ini.

Kalau pernah…gulpp! – MyNewsHub

Khabar Dari Singapura…Gantung Kepak Ayam Salai Guna Penyepit Seluar Dalam!

Jackie Chan Tersilap Tegur Putera William

Jackie Chan Tersilap Tegur Putera William

Jackie Chan Tersilap Tegur Putera William - Pelakon aksi popular dunia, Jackie Chan, tersilap menegur bakal pewaris kedua takhta Diraja England, Putera William dengan memanggilnya sebagai Putera Harry dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Chan berkongsi kisah tersebut apabila dia menyampaikan ucapan tahniah kepada Harry yang baru-baru ini berjaya dalam ekspidisi mendaki South Pole.

Sebaik menyedari Chan tersilap orang, William terus menegur mengatakan individu yang dimaksudkannya adalah adiknya.

Selepas menyedari kesilapannya, Chan meminta maaf di atas perkara tersebut.

William yang berasa lucu dengan insiden tersebut terus tertawa dan kemudiannya berjabat tangan dengan aktor Hong Kong itu. – MyNewsHub

Jackie Chan Tersilap Tegur Putera William

Maya Karin Pernah Cinta Pada Lelaki Sudah Berpunya

Maya Karin Pernah Cinta Pada Lelaki Sudah Berpunya

Maya Karin Pernah Cinta Pada Lelaki Sudah Berpunya - PETALING JAYA : Penyanyi Maya Karin mendedahkan pernah jatuh hati dengan seorang lelaki yang sudah berpunya.

Bagaimanapun, Maya atau nama sebenar Maya Karin Roelcke, 34, berkata, perasaan tersebut terpaksa dilupakan dan diabadikan di dalam sebuah lagu bertajuk Hanya Sebentar yang dicipta oleh Omar K.

“Lagu Hanya Sebentar dalam album terbaharu saya ini sangat istimewa kerana ia merupakan cerita sebenar tentang perasaan saya terhadap seorang lelaki.

“Perasaan jatuh hati kepada seorang yang sudah menjadi milik orang lain dan saya terpaksa mengambil tindakan menjauhkan diri kerana prinsip saya tidak akan menganggu hubungan tersebut,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pradengar album Teka Teki bersama peminat yang berlangsung di Talent Lounge, di sini, Sabtu.

Tambah Maya, pada asalnya dia sekadar bercerita kisah yang berlaku beberapa tahun lalu kepada komposer tersebut.

Namun, dia tidak menjangka apabila kisah tersebut dijadikan sebuah lagu untuk dimuatkan dalam album ketiganya ini.

Sementara itu, bercerita tentang album tersebut, Maya berkata, dia mengambil masa hampir 11 tahun untuk kembali menyanyi semula.

“Saya sudah lama ingin buat album dan lima tahun lalu saya ada merakam lima buah lagu, namun tiada rezeki untuk diterbitkan.

“Selepas mendapat tawaran daripada Warner Music barulah impian ini tercapai.

“Bagaimanapun, lima lagu yang telah dirakam lalu tidak dimasukkan dalam album ini kerana berlainan genre,” katanya.

Tambah Maya, album Teka Teki akan berada di pasaran pada Mac depan. – mStar Online

Maya Karin Pernah Cinta Pada Lelaki Sudah Berpunya