Wednesday, February 26, 2014

Ziela Jalil Rasa Bertanggungjawab Damaikan Lisda Dan Sharnaaz

Ziela Jalil Rasa Bertanggungjawab Damaikan Lisda Dan Sharnaaz

Ziela Jalil Rasa Bertanggungjawab Damaikan Lisda Dan Sharnaaz - Selaku penerbit drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC), Ziela Jalil merasa terpanggil untuk mendamaikan kedua-dua pelakonnya, Sharnaaz Ahmad dan Lisdawati Nazaruddin yang dikatakan menghadapi pertelagahan di set penggambaran drama tersebut, baru-baru ini.

Lisda mendedahkan perkara tersebut kepada Harian Metro, bahawa dirinya telah dimarahi dan ditengking oleh Sharnaaz pada dua hari yang berlainan.

Mengakui baru sahaja mengetahui mengenai perbalahan itu menerusi laporan akhbar, Ziela menyatakan tiada sesiapa di lokasi penggambaran memaklumkan perkara tersebut kepada dirinya.

“Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu menahu mengenai apa yang berlaku sehingga diberitahu mengenai dakwaan Lisdawati yang diserang Sharnaaz dalam sebuah akhbar.

“Saya sendiri terkejut kerana selama ini tiada siapa termasuk kresw memberitahu mengenai apa yang berlaku di antara mereka, malah kedua-dua pelakon ini tidak ada mengadu apa-apa kepada saya.

“Tapi oleh kerana pertelingkahan itu berlaku di lokasi penggambaran produksi saya, jadi sebagai produser saya rasa bertanggungjawab untuk cuba bertanyakan apa masalah mereka berdua serta mendamaikan sehingga boleh berlaku begitu,” katanya memetik laporan Murai.

Selain itu, ketika diminta mengulas mengenai keperibadian aktor dan aktres tersebut, Ziela menjelaskan Sharnaaz adalah seorang pelakon yang sentiasa komited dan sangat berdisplin dalam kerjanya sementara Lisdawati pula menurutnya bukanlah seorang kaki gaduh yang seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

Ziela juga berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pelakon tersebut.

Laporan akhbar semalam melaporkan Sharnaaz telah menengking Lisda dan memberi SMS berbaur ugutan terhadap suami Lisda, Fauzi Nawawi.

Bertitik tolak dari perkara itu, Fauzi telah membuat laporan polis bagi melindungi keselamatan diri Lisda dan bayi dalam kandungannya. – MyNewsHub

Ziela Jalil Rasa Bertanggungjawab Damaikan Lisda Dan Sharnaaz

No comments:

Post a Comment