Thursday, February 13, 2014

Hisyam Hamid Kekok Berpeluk Depan Isteri


Hisyam Hamid Kekok Berpeluk Depan Isteri


Hisyam Hamid Kekok Berpeluk Depan Isteri - Pelakon Hisyam Hamid yang digelar peminatnya sebagai Daniel Henney Malaysia mengakui berasa kekok jika terpaksa bergambar mesra lebih-lebih lagi berpelukan dengan pelakon wanita gandingannya demi mempromosikan drama lakonannya.


Perkara ini lebih-lebih lagi jika terpaksa bergambar di hadapan isteri kesayangannya, Rosmawati Hanafi yang sentiasa menemaninya ke sesi fotografi kerana isterinya merupakan individu yang menguruskan kerjaya seninya di sini.


Pelakon kelahiran Singapuran ini juga tidak menyembunyikan statusnya yang sudah bergelar suami dan bapa kepada dua cahaya mata comel, Nurish Syameliah, 7 dan Hayden, 5.


Hisyam Hamid Kekok Berpeluk Depan Isteri


Memetik kenyataannya di Gua, “apabila saya berpegang tangan dan beraksi mesra untuk tujuan sesi fotografi bersama pelakon lain di hadapan isteri saya, saya rasa agak kekok. Namun begitu, isteri saya sendiri yang memberitahu saya yang aksi saya nampak kaku”.


Namun, dia menyatakan isterinya seorang yang memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon.


Buat peminat setia pelakon yang turut digelar Chuck Bass ini, jangan lupa saksikan lakonannya dalam drama bersiri hits, Ariana Rose, setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 petang di TV3. – MyNewsHub

No comments:

Post a Comment