Tuesday, February 18, 2014

Remaja Pengikut Syaitan, Mengaku Bunuh 22 Lelaki


Remaja Pengikut Syaitan, Mengaku Bunuh 22 Lelaki


Remaja Pengikut Syaitan, Mengaku Bunuh 22 Lelaki - SEORANG remaja perempuan yang mengikut fahaman sesat berasaskan Syaitan, didakwa membunuh lelaki yang dikenali melalui laman web Craiglist.


Daripada dakwaan itu, remaja itu mengaku sudah membunuh sekurang-kurangnya 22 orang lelaki.


Tertuduh, Miranda Barbour mungkin seorang daripada pembunuh wanita paling ganas selepas secara terang-terangan membuat pengakuan itu kepada sebuah akhbar di Pennsylvania dari dalam sel penjaranya.


Dia berumur 19 tahun, berkata dia mula membunuh secara besar-besaran sejak berusia 13 tahun di rumahnya di Alaska.


“Apabila saya sudah membunuh lelaki ke-22, saya tidak mengira lagi berapa mangsa yang telah saya bunuh,” katanya memetik laporan di laman web Metro.co.uk.


Polis di Alaska kini sedang bekerjasama dengan pegawai penyiasat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di seluruh Amerika Syarikat bagi menyelesaikan kes bunuh yang masih misteri bermula dari Texas hingga ke North Carolina dan California.


Menurut Miranda, dia boleh menunjukkan dengan cepat di atas peta di mana lokasi mayat dan pembunuhan itu berlaku.


Dia ditahan bersama suaminya Elytte Barbour, 22 tahun, selepas disyaki menikam seorang lelaki Troy LaFerrara, 42 tahun, yang ditemui Miranda untuk hubungan seks melalui laman web yang sama.


Remaja Pengikut Syaitan, Mengaku Bunuh 22 Lelaki


Miranda ketika dihadapkan ke mahkamah pada Disember lepas menafikan pembunuhan itu, tetapi mengatakan suaminya yang menjerut Troy sehingga mati selepas mereka mengambil lelaki itu.


“Ketika itu, keadaan menjadi kelam-kabut.


“Saya boleh beritahu anda, yang dia sepatutnya tidak ditikam, suami saya sepatutnya hanya menjerut lehernya. Saya memberitahu anda perkara ini kerana saya rasa ini masanya saya berasa perlu untuk jujur,” katanya.


Miranda menyertai kumpulan fahaman syaitan di Alaska selepas menderita pada zaman kanak-kanaknya akibat penderaan oleh saudara-mara.


Dia mula mahu membunuh selepas ketua kumpulan fahaman sesat itu menembak mati seorang lelaki kerana hutang. – MyNewsHub

No comments:

Post a Comment