Wednesday, February 26, 2014

Lelaki Diperangkap Perempuan Simpanan

Lelaki Diperangkap Perempuan Simpanan

Lelaki Diperangkap Perempuan Simpanan - China : Gara-gara tersilap memuat naik gambar ke media sosial, seorang perempuan simpanan telah mendedahkan wang tunai yang dimilikinya iaitu sebanyak £3 juta di dalam bank.

Rupa-rupanya dia bukan sahaja memuat naik gambar bersama kekasihnya yang juga orang kuat parti politik di China, Luo Zhiyuan di Facebook, sebaliknya dia juga memuat naik akaun bank tanpa disedarinya.

Entri tersebut telah menyebabkan Facebook wanita itu, Li Shanshan dihujani dengan pernyataan mengenai wang tersebut.

Shanshan sebelum ini berbuat demikian kerana ingin mengajar kekasihnya yang dikatakan enggan membayar nafkah kepada anak mereka.

Sebagai bukti bahawa dia adalah kekasih Zhiyuan, Shanshan merakamkan selfie bersama Zhiyuan yang ketika itu sedang tidur bersama, dan dimuat naik dalam facebook.

Kini timbul persoalan sama ada Zhiyuan sudah membayar nafkah berkenaan atau tidak, dan berdasarkan akaun yang dimuat naiknya itu, sudah pasti ia menunjukkan bahawa wang nafkah itu sudah dijelaskan kekasihnya.

Namun selepas dihujani pelbagai pertanyaan, Shanshan terus memadamkan entri berkenaan.

Bagaimanapun dia kemudiannya menulis dalam Facebook bahawa wang berkenaan tiada kaitan dengan Zhiyuan, dan ia merupakan urusan peribadinya.

Shanshan juga mendakwa ahli politik yang kaya itu telah memanupulasi orang ramai untuk mendapatkan kontrak dan telah menggodanya untuk menjalin hubungan dengannya.

Dalam pada itu, Zhiyuan dalam satu mesej pesanan ringkas memberitahu perempuan simpananya bahawa jika dia kehilangan pekerjaan, maka wanita itu akan menerima padah. – MyNewsHub

Lelaki Diperangkap Perempuan Simpanan

Sharnaaz: Saya Tak Bodoh Nak Pukul Wanita Hamil!

Sharnaaz: Saya Tak Bodoh Nak Pukul Wanita Hamil!

Sharnaaz: Saya Tak Bodoh Nak Pukul Wanita Hamil! - KUALA LUMPUR : Aktor, Sharnaaz Ahmad akui dakwaan Lisdawati yang menuduhnya menyerang pelakon wanita itu di lokasi adalah fitnah semata-mata kerana dia masih boleh berfikiran waras untuk bertindak di luar jangkaan.
Malah, Sharnaaz berkata ibunya juga seorang wanita dan tak mungkin dia boleh bertindak kasar terhadap wanita hamil seperti Lisdawati.

“Saya tak bodoh nak serang atau pukul wanita hamil walaupun dalam keadaan marah kerana ibu saya juga seorang wanita

“Lisdawati nampaknya telah memfitnah saya. Saya tidak menyerangnya di lokasi. Tapi saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai ini kerana saya bukan seorang yang suka menggunakan media untuk menyelesaikan masalah.

“Saya tidak mahu cakap banyak, hanya orang produksi dan yang berada di lokasi sahaja tahu,” katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Lisdawati mendakwa telah diserang oleh pelakon utama drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu di lokasi penggambaran drama bersiri tersebut di Kuang pada jam 11 malam, 19 Februari lalu.

Berikutan insiden itu, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Sharnaaz yang tidak mahu mengulas lanjut mengenai ketidakpuasan itu mendakwa apa yang diceritakan oleh pasangan suami isteri tentang isu tersebut hanyalah luaran sahaja mengenainya.

“Sebenarnya apa yang mereka cerita itu, diibaratkan hanyalah muka depan dan kulit belakang sahaja tetapi isinya tiada.

“Sudah beberapa kali saya minta berjumpa dengan saya untuk menyelesaikan hal ini. Mengapa mereka perlu gunakan media? Berdepanlah dengan saya jika mereka benar,” jelasnya lagi.

Dalam laporan akhbar itu, Lisdawati dan suami turut mendedahkan antara pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan yang telah dihantar oleh Sharnaaz. – Murai

Sharnaaz: Saya Tak Bodoh Nak Pukul Wanita Hamil!

Lepas Baling Telefon, Heroin ‘Ariana Rose’ BERGADUH BESAR Pula Di London

Lepas Baling Telefon, Heroin ‘Ariana Rose’ BERGADUH BESAR Pula Di London

Lepas Baling Telefon, Heroin ‘Ariana Rose’ BERGADUH BESAR Pula Di London - ADA cerita kurang manis yang kami baca mengenai pelakon Nur Fathia Latiff menerusi tulisan wartawan B*Pop, Raja Nurfatimah Mawar.

Khabarnya, teraju utama drama ‘Ariana Rose’ itu kerap kali buat hal sewaktu di lokasi penggambaran termasuklah datang lewat dan tidak hafal skrip.

Ia bukan sahaja terjadi di Kuala Lumpur, sebaliknya ‘merebak’ hinggalah ke London sehingga gandingannya, Keith Foo menggigil kesejukan kerana terpaksa mengulang babak berkali-kali.

Itu baru hal berkaitan disiplin, belum lagi masuk hal pergaulan.

Fathia dikatakan tidak begitu mesra dengan pelakon lain dan krew produksi, tidak seperti Keith Foo, Nabila Huda dan Jonathan yang sentiasa bergurau-senda dan akrab antara satu-sama lain.

Dalam satu kejadian yang disaksikan sendiri oleh wartawan itu, pelakon jelita itu dilihat bergaduh besar dengan penerbit eksekutif, Jalena Rejab.

Ia gara-gara Fathia berdegil untuk tidak melakukan rakaman promo kerana ia merupakan hari terakhir mereka di London.

Pendek kata, mungkin dia tidak mahu hari yang sepatutnya dihabiskan untuk bercuti dan membeli-belah disia-siakan walaupun hanya beberapa minit.

Antara petikan tulisan tersebut berbunyi:

“Raja terkejut melihat Jalena mengamuk hingga menghempas pintu van yang dinaiki. Jalena seperti melepaskan ledakan yang terbuku dalam hatinya selama ini. Butir-butir dialog ketika mereka bertegang urat biarlah Raja simpan saja. Kalau tulis di sini pun nanti Fathia tentu malu. Tapi, mana-mana penerbit eksekutif pun akan marah dengan sikap Fathia!

“Raja bersama pengarah. Raja Ahmad dan pelakon yang berada dalam van ketika itu jadi terpaku seketika, apatah lagi melihat Fathia tetap berkeras tidak mahu melakukan rakaman promo. Hmmm…keras juga hati si Fathia ni…”

Selepas kejadian itu, Fathia dikatakan mula menjauhkan diri dan hanya bersalaman dengan Keith dan Jonathan sahaja sebelum pulang dari KLIA.

Waduh, kenapa sampai begitu sekali ya? Sebelum ini namanya juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila dikatakan membaling telefon bimbit ke arah pengarah Along Kamaluddin akibat tekanan.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan Fathia dengan berkata kejadian itu tidak disengajakannya.

Kami sendiri pun tak tahu hendak komen apa mengenai perkara ini. Senang cerita, tak perlulah hendak tunjuk keras kepala sangat dalam industri ini.

Sedangkan pelakon yang sudah bergelar ‘otai’ pun masih ada sikap rendah diri, inikan pula anda yang baru beberapa tahun bertapak… – MyNewsHub

Lepas Baling Telefon, Heroin ‘Ariana Rose’ BERGADUH BESAR Pula Di London

Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup

Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup

Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup - STOCKHOLM : Anak lelaki pasangan Malaysia di Sweden yang dibicarakan atas dakwaan mendera berkata hukuman yang diberikan oleh ibunya tidak meninggalkan kesan secara fizikal sebaliknya dari sudut emosi.

Ammar, 12, menerusi temubual berkata dia mahu keluarganya kembali bersama seperti biasa.

“Saya ingin ibu bapa saya kembali ke rumah dan kami boleh menjalani kehidupan bersama-sama,” kata Ammar dalam video yang dirakam awal Januari lalu ketika perbicaraan di Mahkamah Daerah Solna di sini pada Khamis.

Ammar yang kelihatan kecewa meminta polis yang menemuduganya agar membebaskan ibu bapanya secepat mungkin.

“Ia satu masa yang panjang. Saya berasa pelik apabila tidak melihat ibu bapa saya selama hampir empat minggu,” kata anak kedua daripada empat beradik itu.

Ibunya, Shalwati Nurshal dilihat mengesat matanya dengan tisu apabila mendengar kata-kata anaknya itu.

Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awalluddin ditahan 18 Disember tahun lalu selepas Ammar memberitahu kakitangan di sekolahnya bahawa dia telah dipukul.

Aduan itu menyebabkan pihak sekolah melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa.

Dalam temubual bersama anggota polis itu, Ammar menerangkan ibunya pernah menarik telinganya semasa cuti musim panas ke Jerman.

Pada mulanya Ammar berkata kejadian itu “tidak terlalu teruk, ibu hanya tarik telinga saya”.

Walau bagaimanapun beliau mendakwa: “kejadian itu tidak memberi kesan secara fizikal, tetapi kesan emosi seumur hidup”.

Pihak pendakwa yang diketuai Anna Arnell juga dijangka menunjukkan video temubual dengan adik-beradik Ammar iaitu Aishah dan Adam.

Perbicaraan disambung pada 24 Februari. – mStar Online

Emosi Saya Terganggu Seumur Hidup

Khabar Dari Singapura…Gantung Kepak Ayam Salai Guna Penyepit Seluar Dalam!

Khabar Dari Singapura…Gantung Kepak Ayam Salai Guna Penyepit Seluar Dalam!

Khabar Dari Singapura…Gantung Kepak Ayam Salai Guna Penyepit Seluar Dalam! - KALAU sekali lihat, pemandangan ini mungkin boleh disifatkan sebagai melucukan.

Apa tidaknya, penyepit sebegini biasanya digunakan untuk menggantung pakaian kecil atau pakaian dalam.

Namun, di sebuah ladang di Hougang Ave 6, Singapura, ia dijadikan tempat untuk menggantungkan kepak ayam untuk tujuan pengeringan.

Gambar tersebut diambil oleh seorang pembaca STOMP yang dikenali sebagai Peishan.

“Ini kali pertama saya melihat kepak ayam digantung sebegini. Mereka membawa kepak salai ini ke satu lagi tahap iaitu berserta habuk dan lain-lain lagi,” ujarnya.

Harap-harap penyepit pakaian itu tidak pernah digunakan untuk menggantung pakaian dalam sebelum ini.

Kalau pernah…gulpp! – MyNewsHub

Khabar Dari Singapura…Gantung Kepak Ayam Salai Guna Penyepit Seluar Dalam!

Jackie Chan Tersilap Tegur Putera William

Jackie Chan Tersilap Tegur Putera William

Jackie Chan Tersilap Tegur Putera William - Pelakon aksi popular dunia, Jackie Chan, tersilap menegur bakal pewaris kedua takhta Diraja England, Putera William dengan memanggilnya sebagai Putera Harry dalam sebuah majlis baru-baru ini.

Chan berkongsi kisah tersebut apabila dia menyampaikan ucapan tahniah kepada Harry yang baru-baru ini berjaya dalam ekspidisi mendaki South Pole.

Sebaik menyedari Chan tersilap orang, William terus menegur mengatakan individu yang dimaksudkannya adalah adiknya.

Selepas menyedari kesilapannya, Chan meminta maaf di atas perkara tersebut.

William yang berasa lucu dengan insiden tersebut terus tertawa dan kemudiannya berjabat tangan dengan aktor Hong Kong itu. – MyNewsHub

Jackie Chan Tersilap Tegur Putera William

Maya Karin Pernah Cinta Pada Lelaki Sudah Berpunya

Maya Karin Pernah Cinta Pada Lelaki Sudah Berpunya

Maya Karin Pernah Cinta Pada Lelaki Sudah Berpunya - PETALING JAYA : Penyanyi Maya Karin mendedahkan pernah jatuh hati dengan seorang lelaki yang sudah berpunya.

Bagaimanapun, Maya atau nama sebenar Maya Karin Roelcke, 34, berkata, perasaan tersebut terpaksa dilupakan dan diabadikan di dalam sebuah lagu bertajuk Hanya Sebentar yang dicipta oleh Omar K.

“Lagu Hanya Sebentar dalam album terbaharu saya ini sangat istimewa kerana ia merupakan cerita sebenar tentang perasaan saya terhadap seorang lelaki.

“Perasaan jatuh hati kepada seorang yang sudah menjadi milik orang lain dan saya terpaksa mengambil tindakan menjauhkan diri kerana prinsip saya tidak akan menganggu hubungan tersebut,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis pradengar album Teka Teki bersama peminat yang berlangsung di Talent Lounge, di sini, Sabtu.

Tambah Maya, pada asalnya dia sekadar bercerita kisah yang berlaku beberapa tahun lalu kepada komposer tersebut.

Namun, dia tidak menjangka apabila kisah tersebut dijadikan sebuah lagu untuk dimuatkan dalam album ketiganya ini.

Sementara itu, bercerita tentang album tersebut, Maya berkata, dia mengambil masa hampir 11 tahun untuk kembali menyanyi semula.

“Saya sudah lama ingin buat album dan lima tahun lalu saya ada merakam lima buah lagu, namun tiada rezeki untuk diterbitkan.

“Selepas mendapat tawaran daripada Warner Music barulah impian ini tercapai.

“Bagaimanapun, lima lagu yang telah dirakam lalu tidak dimasukkan dalam album ini kerana berlainan genre,” katanya.

Tambah Maya, album Teka Teki akan berada di pasaran pada Mac depan. – mStar Online

Maya Karin Pernah Cinta Pada Lelaki Sudah Berpunya

Semua Jasad Mangsa Lemas Ditemui

Semua Jasad Mangsa Lemas Ditemui

Semua Jasad Mangsa Lemas Ditemui - SEGAMAT : Suasana pilu menyelubungi lokasi kejadian lapan remaja lemas di Sungai Muar, Buloh Kasap selepas kesemua keluarga menangis sebaik sahaja penemuan tiga mayat terakhir, petang tadi.

Dua mayat mangsa lemas ditemui serentak pada jam 2.43 petang sebelum mayat terakhir ditemui kira-kira empat minit selepas itu.

Tiga mayat itu adalah Mohd Zaki Zaidi, 16; Mohd Izuan Hakimi Amin, 13, dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16, dan ditemui kira-kira satu meter dari tempat mayat pertama ditemui semalam.

Sebelum itu, mayat Mohd Nazreen Zainal, 14 ditemui sebaik saja azan Zuhur dilaungkan untuk solat berjemaah, manakala mayat Mohd Shafiq Md Shukor, 16 ditemui jam 2.06 petang tadi.

Lokasi mencari dan menyelamat bagi hari ini dipanjangkan sehingga tiga kilometer daripada lokasi semalam.

Operasi hari kedua membabitkan 70 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan.

Seramai 20 anggota Unit Skuba Bomba dan Penyelamat Melaka dan Negeri Sembilan juga membantu pada operasi hari ini.

Semalam, 12 anggota Unit Skuba Bomba dan Penyelamat Johor terbabit dalam operasi mencari mangsa.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, lapan sekawan terjatuh ke dalam Sungai Muar akibat tergelincir dari tebing yang runtuh.

Namun, mayat Mohd Hafzul Daniel Norhashim, 16, ditemui pada jam 3.29 petang diikuti Mohd Zikri Zaidi, 14, pada jam 3.41 petang dan Nazrul Aminuddin Zamri, 15, pada 4.22 petang semalam.

Jenazah Mohd Hafizul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sepinang, dekat sini, kira-kira jam 10 malam tadi. – myMetro Online

Semua Jasad Mangsa Lemas Ditemui

Ziela Jalil Rasa Bertanggungjawab Damaikan Lisda Dan Sharnaaz

Ziela Jalil Rasa Bertanggungjawab Damaikan Lisda Dan Sharnaaz

Ziela Jalil Rasa Bertanggungjawab Damaikan Lisda Dan Sharnaaz - Selaku penerbit drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC), Ziela Jalil merasa terpanggil untuk mendamaikan kedua-dua pelakonnya, Sharnaaz Ahmad dan Lisdawati Nazaruddin yang dikatakan menghadapi pertelagahan di set penggambaran drama tersebut, baru-baru ini.

Lisda mendedahkan perkara tersebut kepada Harian Metro, bahawa dirinya telah dimarahi dan ditengking oleh Sharnaaz pada dua hari yang berlainan.

Mengakui baru sahaja mengetahui mengenai perbalahan itu menerusi laporan akhbar, Ziela menyatakan tiada sesiapa di lokasi penggambaran memaklumkan perkara tersebut kepada dirinya.

“Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu menahu mengenai apa yang berlaku sehingga diberitahu mengenai dakwaan Lisdawati yang diserang Sharnaaz dalam sebuah akhbar.

“Saya sendiri terkejut kerana selama ini tiada siapa termasuk kresw memberitahu mengenai apa yang berlaku di antara mereka, malah kedua-dua pelakon ini tidak ada mengadu apa-apa kepada saya.

“Tapi oleh kerana pertelingkahan itu berlaku di lokasi penggambaran produksi saya, jadi sebagai produser saya rasa bertanggungjawab untuk cuba bertanyakan apa masalah mereka berdua serta mendamaikan sehingga boleh berlaku begitu,” katanya memetik laporan Murai.

Selain itu, ketika diminta mengulas mengenai keperibadian aktor dan aktres tersebut, Ziela menjelaskan Sharnaaz adalah seorang pelakon yang sentiasa komited dan sangat berdisplin dalam kerjanya sementara Lisdawati pula menurutnya bukanlah seorang kaki gaduh yang seperti digembar-gemburkan sebelum ini.

Ziela juga berharap agar perkara ini dapat diselesaikan secara baik oleh kedua-dua pelakon tersebut.

Laporan akhbar semalam melaporkan Sharnaaz telah menengking Lisda dan memberi SMS berbaur ugutan terhadap suami Lisda, Fauzi Nawawi.

Bertitik tolak dari perkara itu, Fauzi telah membuat laporan polis bagi melindungi keselamatan diri Lisda dan bayi dalam kandungannya. – MyNewsHub

Ziela Jalil Rasa Bertanggungjawab Damaikan Lisda Dan Sharnaaz

Tuesday, February 25, 2014

Cinta Almy Nadia Pada Fizz Umpama ‘Cinta Mati’

Cinta Almy Nadia Pada Fizz Umpama ‘Cinta Mati’

Cinta Almy Nadia Pada Fizz Umpama ‘Cinta Mati’ - KALAU ada anugerah ‘Wanita Paling Setia’, ia mungkin layak diberikan kepada pelakon Almy Nadia.

Apa tidaknya, sepanjang lapan tahun menjalinkan hubungan dengan Fizz Fairuz, entah berapa banyak kepahitan yang sudah ditelan wanita ini.

Bakal mendirikan rumahtangga dengan Fizz pada Mei nanti, ramai yang kagum dengan ketabahan Almy yang sanggup menerima semula kekasihnya itu walaupun dia pernah melukakan hatinya.

Pernah putus cinta kerana Fizz bertunang dengan isteri orang, Almy tidak melatah seperti kebanyakan wanita lain.

Berkat ketenangannya menghadapi dugaan, akhirnya Fizz kembali menagih cintanya selepas ‘sedar’ akan kesilapan yang dilakukannya.

Menerusi Berita Harian, Almy berkata, ibunya senduri hairan bagaiamana dia begitu setia dengan lelaki itu sehingga menggelarkan cinta mereka sebagai ‘cinta mati’.

Entahlah, sayapun tidak tahu apa istimewanya Fizz sehingga sukar menolak cintanya. Mungkin sebab Fizz boleh menerima anak angkat saya Nur Afrina Darwisya. Ini kerana tidak semua lelaki yang cuba merapati boleh menerima Afrina seperti Fizz. Begitu juga dengan keluarganya,” jelasnya.

Apa pun, diharap agar impian Almy untuk bergelar isteri kepada Fizz akan tercapai dan kekal bahagia untuk selama-lamanya.

Kepada Fizz pula, janganlah sia-siakan kesetiaan Almy selama ini. Bukan senang nak cari ya… – MyNewsHub

Cinta Almy Nadia Pada Fizz Umpama ‘Cinta Mati’

Umie Aida: Jangan Persenda Erra

Umie Aida: Jangan Persenda Erra

Umie Aida: Jangan Persenda Erra - Hubungan akrab di antara dua dramatis ini, Erra Fazira dan Datin Paduka Umie Aida memang sudah diketahui semua peminat mereka.

Ibaratnya mereka ini seperti dua insan yang tidak dapat dipisahkan serta sering kali berkongsi masalah bersama.

Lalu apabila terjadinya penceraian dalam perkahwinan Erra minggu lalu, ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa juga, begitulah situasi yang dialami Umie.

Selepas Erra bercerai dengan Engku Emran, berbagai kisah serta bahan cerita dijadikan sendaan orang ramai tanpa memikirkan perasaan individu yang terlibat.

Menyelar tindakan itu, Umie menerusi Berita Harian berkata, “sebagai seorang kawan, tentunya saya rasa sedih dan kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang mempersendakan serta mempermainkan situasi dilalui Erra”.

“Jika kita tidak tahu apa yang berlaku, janganlah kita memandai-mandai membuat tuduhan yang kita sendiri tidak pasti kebenarannya,” ujarnya lagi.

Umie juga menambah Erra merupakan seorang wanita yang tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan hidupnya.

Menurut adik Erma Fatima ini juga, jadual kerja Erra yang sibuk juga sedikit sebanyak mampu menghilangkan perasaan sedih rakan karibnya itu.

Beruntung Erra dapat kawan sebaik Umie, yang sentiasa bersama di kala kita susah dan senang.

Inilah baru betul kawan sejati dunia akhirat. – MyNewsHub

Umie Aida: Jangan Persenda Erra

Hanez Suraya: Saya Tak Rampas Suami Orang, Dia Duda Anak Dua!

Hanez Suraya: Saya Tak Rampas Suami Orang, Dia Duda Anak Dua!

Hanez Suraya: Saya Tak Rampas Suami Orang, Dia Duda Anak Dua! - KUALA LUMPUR : Pelakon, Hanez Suraya menafikan dakwaan bahawa bakal suaminya kini berstatus suami orang, sebaliknya akui jejaka itu merupakan duda kepada dua orang anak.
“Fitnah mendakwa saya rampas suami orang dan menghasut lelaki itu untuk ceraikan isterinya tak betul sama sekali. Saya akan buat sidang media dalam masa terdekat untuk menjelaskan segalanya.

“Sebenarnya lelaki itu seorang duda anak dua ketika kami mula berkawan dan suami orang seperti yang didakwa,” katanya kepada akbar Harian Metro hari ini.

Menerusi laporan Harian Metro itu lagi, pelakon drama bersiri Autumn Di Hatiku itu berkata, tuduhan dirinya seorang perampas dan perosak rumah tangga adalah sesuatu yang melampau.

“Kenapa bekas isterinya memfitnah saya macam-cama selepas saya dedahkan untuk berkahwin baru-baru ini?

“Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang, kenapa keluarga lelaki memberi restu dan dia (bakal suami) sendiri yang melamar saya,” jelasnya lagi. – Murai

Hanez Suraya: Saya Tak Rampas Suami Orang, Dia Duda Anak Dua!

[VIDEO] Nyanyian Shila Amzah Yang Memukau Jutaan Penonton China!

[VIDEO] Nyanyian Shila Amzah Yang Memukau Jutaan Penonton China!

[VIDEO] Nyanyian Shila Amzah Yang Memukau Jutaan Penonton China! - BERMULA dengan kejuaraannya melalui pertandingan Asian Wave 2012, Shila Amzah kini dilihat semakin ‘garang’ dalam melebarkan sayapnya ke China.

Terbaru, dia kini sedang bersaing dalam sebuah program realiti di negara itu, ‘I AM SINGER’ musim kedua yang turut disertai oleh nama-nama besar termasuklah penyanyi dari Hong Kong, G.E.M yang merupakan penyanyi nombor satu di sana.

Salah satu video persembahan Shila sewaktu pertandingan tersebut kini sedar ‘viral’ di laman YouTube dengan jumlah tontonan sudah mencecah hampir 500,000 kali walaupun baru dua hari dimuatnaik.

Melihat pada reaksi penonton, ternyata mereka begitu kagum dan menghayati bait-bait lagu Mandarin yang disampaikan oleh Shila.

Setakat ini, penyanyi itu masih lagi bertahan walaupun dua lagi penyanyi Malaysia iaitu Gary Chaw dan Victor Wong sudah tersingkir pada episod sebelum ini.

Apa pun, kami doakan agar Shila dapat melangkah hingga ke pusingan akhir dalam program ini melalui undian penonton.

Jom saksikan persembahannya yang cukup bertenaga dan memukau ini! – MyNewsHub

[VIDEO] Nyanyian Shila Amzah Yang Memukau Jutaan Penonton China!

Kelab Peminat Hancurkan Prestij Majlis Anugerah?

Kelab Peminat Hancurkan Prestij Majlis Anugerah?

Kelab Peminat Hancurkan Prestij Majlis Anugerah? - Tidak dinafikan dalam bidang seni dan hiburan, peminat memainkan peranan yang penting dalam kebangkitan karier seseorang selebriti itu.

Oleh kerana itu, majlis anugerah yang diadakan di negara ini kebanyakannya memberikan peluang kepada peminat menjadi juri dengan mengundi artis pilihan mereka.

Namun, tindakan melulu mereka mengundi artis kegemaran telah menyebabkan kemanisan kemenangan itu semakin pudar rasanya sejak kebelakangan ini.

Perkara ini dibangkitkan oleh pengacara senior dan berpengalaman, Datuk Aznil Hj. Nawawi yang berpendapat anugerah hiburan tempatan ketika ini agak kurang kemanisannya kerana wujudnya individu atau kelab-kelab peminat yang sanggup mengeluarkan duit yang banyak atau menaja pengundian artis ‘favourite’ mereka bagi membolehkan artis itu menang trofi dalam anugerah yang dicalonkan.

“Saya rasa berlaku perubahan dalam sistem penjurian yang membabitkan undian peminat. Kalau dulu tidak ada kelab-kelab peminat atau orang-orang perseorangan yang sanggup berkempen untuk mengaut undian untuk artis-artis kesayangan mereka. Sebaliknya, artis-artis mendapat undian daripada peminat yang betul-betul setia.

“Saya rasa mereka yang menang dengan cara ditaja atau mengundi diri sendiri ini, kemenangan mereka kurang kemanisannya. Perasaannya pasti tidak sama dengan mereka yang betul-betul menang kerana punya peminat yang ramai,” katanya memetik laporan portal Gua.

Ada benarnya kata Pak Nil ni, sekarang memang nampak lain benar fenomena majlis anugerah kita. Balik-balik muka yang sama menang anugerah. Memang tak salah, tetapi kalau sampai seorang peminat itu gigih mengundi sampai ratusan mahupun ribuan kali demi seorang artis itu rasa macam terdesak pula untuk artis itu memenangi kategori tersebut.

Adalah lebih manis, sekiranya peminat mengundi berdasarkan rasional ataupun pihak penganjur boleh meniru langkah yang diberikan oleh Pak Nil seperti format undian dikaji semula agar undian tidak datang daripada individu yang sama berulang kali atau daripada artis itu sendiri.

Tak gitu? – MyNewsHub

Kelab Peminat Hancurkan Prestij Majlis Anugerah?

Saturday, February 22, 2014

Seret Anak 100 Meter Tanpa Pakaian


Seret Anak 100 Meter Tanpa Pakaian


Seret Anak 100 Meter Tanpa Pakaian - SICHUAN : Penduduk di China mempunyai pelbagai cara mengajar anak yang disifatkan degil. Antaranya ialah dengan menanggalkan baju anaknya itu dan mengheretnya sejauh 100 meter di jalan.


Namun ia tidak dianggap sebagai kes dera oleh polis dan polis juga enggan campur tangan.’


Keadaan ini nyata mengejutkan penduduk di negara itu tentang bagaimana layanan kasar yang diterima oleh budak perempuan itu daripada bapanya.


Imej yang tidak menyenangkan itu telah dirakamkan oleh pejalan kaki di situ dan kemudiannya mereka memuat naik di internet.


Apalagi, ia menyebabkan media sosial kecoh dengan kejadian ini.


Menurut Shanghaiist, lelaki itu dikatakan hilang sabar dengan perangai kanak-kanak berkenaan yang enggan memakai jaket selama beberapa jam.


Kerana marah, dia menanggalkan baju kanak-kanak itu secara kasar dan mengheret budak itu tanpa mengetahui aksinya dirakamkan.


Bagaimanapun jirannya memberitahu, gambar tersebut berbeza dengan perangai sebenar lelaki itu yang dikatakan terlalu memanjakan anaknya dan tidak pernah langsung memukulnya.


Dia dilaporkan memberi apa sahaja yang diinginkan oleh anaknya, termasuk jaket yang enggan dipakai budak – MyNewsHub

Norish Karman Halang Anak Bongsu Jumpa Bapa


Norish Karman Halang Anak Bongsu Jumpa Bapa


Norish Karman Halang Anak Bongsu Jumpa Bapa - KUALA LUMPUR : Pelakon Norish Karman tidak akan membenarkan bapa kepada anak bongsunya iaitu Haq Lutfie Alexander yang berusia dua tahun bertemu dengan kanak-kanak itu.


Norish atau nama sebenarnya Nor’asikin Karman, 39, berkata, dia tidak melihat sebarang keperluan untuk mereka ditemukan kerana sejak awal lagi keluarga bekas suaminya itu tidak menerima kehadiran kanak-kanak berkenaan.


“Mereka pernah memberitahu saya anak saya itu tiada kena mengena dengan mereka jadi saya tidak melihat Haq Lutfie perlu berjumpa dengan bapa kandungnya,” katanya kepada mStar Online.


Bagaimanapun Norish masih dengan pendirian enggan mendedahkan identiti bekas suaminya itu kerana lebih senang ia dirahsiakan namun mengakui lelaki berkenaan lebih muda daripadanya.


Dalam pada itu, Norish berakta, hubungannya dengan bekas suami pertama, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir tidak mempunyai masalah malah mereka akrab sebagai sahabat.


Jelas Norish, bekas suaminya itu sangat mengutamakan keperluan tiga anak-anak mereka yang lain iaitu Muhammad Haqiem Armany, 14, Muhammad Hardy Amieran, 10, dan Putri Hany Amanda, 9.


“Sejak bercerai kami tiada masalah dan saya tidak pernah menghalang bekas suami untuk berjumpa dengan anak-anak kerana beliau menjalankan tanggungjawab dengan baik,” katanya.


Pasangan itu berkahwin pada 11 Januari 1998 di Perlis dan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya di sini pada 15 Julai 2008.


Sementara itu, Norish berkata, buat masa ini dia masih belum terfikir untuk mencari pengganti walaupun ada lelaki yang cuba mendekatinya kerana ingin memberi tumpuan kepada anak-anak dan perniagaan.


Kata Norish, dia bagaimanapun mengakui kadang-kala berasa sunyi tanpa seseorang di sisinya namun dia kini lebih bahagia.


“Ada yang menghantar rombongan meminang tetapi saya tolak dengan cara baik kerana buat masa ini saya sibuk dengan kerjaya dan anak-anak.


“Sunyi itu menang ada tetapi kesibukan dengan pelbagai aktiviti membuatkan saya lupa mengenai perkara itu dan saya lebih bahagia sekarang,” katanya.


Pun begitu kata Norish, jika ditakdirkan bertemu jodoh, dia mahu mencari seorang lelaki yang bukan sahaja boleh menerimanya tetapi keempat-empat anakya dengan penuh kasih sayang.


Malah kata Norish, dia juga tidak mahu bergantung harap kepada bakal suaminya nanti dan ingin berjaya terlebih dahulu dalam bidang perniagaan.


“Saya pernah berkahwin dengan lelaki berusia dan muda yang mana kedua-duanya tidak kekal lama. Kini apa lebih penting calon itu nanti mestilah dapat menerima anak-anak saya dengan sepenuh hati.


“Jika ada lelaki yang dapat berbuat demikian mungkin saya akan terbuka hati untuk berkahwin semula,” jelasnya.


Dalam perkembangan lain, Norish berkata, dia kini semakin aktif dalam bidang nyanyian selain berlakon serta memberikan tumpuan kepada perniagaan katering yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu. – mStar Online

Anak Pasangan Malaysia, Mengaku Sering Dipukul Ibu


Anak Pasangan Malaysia, Mengaku Sering Dipukul Ibu


Anak Pasangan Malaysia, Mengaku Sering Dipukul Ibu - ANAK pasangan Malaysia yang kini sedang didakwa di Mahkamah Sweden kerana dakwaan penderaan anak-anak dalam keterangan mereka berkata mereka menanggung penderitaan akibat kerap dipukul oleh ibu mereka Shalwati Norshal.


Seorang daripada anaknya pula berkata, mereka sudah tidak berasa sakit lagi akibatnya kerana sering dipukul.


Menurut laporan portal berita Sweden The Local, Shalwati dilaporkan memukul anak-anaknya untuk beberapa tahun termasuk menggunakan kayu, penyangkut baju dan juga tali pinggang.


“Saya sudah biasa dipukul oleh ibu.


“Dia selalu memukul saya di belakang dan di kaki, kemudian dia akan menarik telinga saya dan memukul saya di kepala,” kata seorang anak Shalwati.


Sebelum ini Shalwati, seorang guru yang kini mengambil cuti tanpa gaji kerana menemani suaminya seorang Pegawai Tourism Malaysia di Sweden, mendakwa hanya memukul anaknya itu sekali sahaja.


Shalwati dan suaminya Azizul Raheem Awaluddin yang bertugas di Stockholm, Sweden kini sedang dibicarakan di Mahkamah Daerah Solna kerana memukul empat anak mereka berusia antara tujuh dan 14 tahun.


Menurut laporan media lain, Azizul ketika soal siasat berkata beliau hanya memukul anaknya pada kali kedua mereka sudah melakukan kesalahan untuk mendisiplinkan mereka.


Antara dakwaan yang dikenakan ke atas Azizul ialah beliau memaksa seorang daripada anaknya itu untuk duduk di penjuru rumah selama lapan jam tanpa makanan.


Anak Shalwati yang berusia 12 tahun juga dilaporkan telah menulis surat meminta maaf daripada ibunya.


“Ia adalah hanya kemarahan saya yang memulakan semua ini, saya akan menyayangi ibu dan tiada apa yang akan mengubahnya,” katanya.


Surat itu dimaklumkan oleh peguam bela Shalwati Kristofer Stahre kerana ia ditemui di dalam rumah ketika pemeriksaan dilakukan tetapi surat itu ditolak oleh pasukan pendakwaan untuk dijadikan bahan bukti.


Pendakwa, Ana Arnell pula dilaporkan berkata surat itu tidak diambil kira sebagai bukti kerana ia adalah satu bentuk komunikasi peribadi dalam kalangan ahli keluarga.


Shalwati dan Azizul didakwa memukul anak mereka di rumah mereka di Stockhoml antara 15 September 2010 hingga 17 Disember 2013.


Mereka berdua bakal berdepan hukuman penjara antara enam bulan dan enam tahun bagi setiap pertuduhan.


Perbicaraan ditetapkan berlangsung selama 10 hari sehingga 10 Mac depan.


Pasangan itu ditahan pada 18 Disember tahun lepas kerana didakwa memuduk anak mereka kerana tidak menunaikan solat. – MyNewsHub

Friday, February 21, 2014

Erra Fazira Minta Jangan Tanya Punca Rumah Tangga Retak


Erra Fazira Minta Jangan Tanya Punca Rumah Tangga Retak


Erra Fazira Minta Jangan Tanya Punca Rumah Tangga Retak - SHAH ALAM : Pelakon dan penyanyi Erra Fazira meminta agar tidak lagi ditanya apakah punca keretakan rumah tangganya dengan Engku Emran sehingga membawa kepada perceraian mereka pada Selasa.


Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 40, berkata, segala spekulasi mengenai rumah tangganya yang tersebar sejak dua tahun lalu telah terjawab dengan penceraian tersebut.


“Segala spekulasi yang timbul sebelum ini sudah pun terjawab jadi jangan tanya saya lagi mengenainya,” kata Erra ketika ditemui sejurus selesai kes berkenaan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Selasa.


Erra dan Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, sah bercerai dengan talak satu kira-kira pukul 12.50 tengah hari Selasa yang dilafazkan di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain.


Pelakon itu kelihatan tenang manakala Engku Emran sebak ketika melakukan lafaz tersebut.


Dalam pada itu, Erra menegaskan penceraian berlaku secara baik atas persetujuan kedua-dua belah pihak selain mengambil kira kepentingan anak mereka, Engku Aleesya, yang kini berusia lima tahun.


Jelas Erra, mereka telah berbincang dengan mendalam sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.


“Penceraian ini adalah secara baik dan Alhamdulillah ia selesai tanpa sebarang masalah,” katanya.


Bagaimanapun, Erra enggan mengulas mengenai keputusan memberi hak penjagaan anak kepada bekas suaminya.


Pasangan itu berkahwin pada 25 Oktober 2007.


Keretakan hubungan pasangan itu mula mendapat perhatian sejak dua tahun lalu apabila Erra dan Engku Emran dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung selain lelaki itu dikatakan sudah berkahwin dengan wanita lain tetapi dinafikannya.


Terdahulu Erra pernah berkahwin dengan penyanyi Yusry Abdul Halim pada 15 Jun 2003 tetapi perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun tanpa dikurniakan cahaya mata. – mStar Online

Aidil Zafuan Rancak Buat Persiapan Kahwin


Aidil Zafuan Rancak Buat Persiapan Kahwin


Aidil Zafuan Rancak Buat Persiapan Kahwin - BULAN depan bakal berlangsungnya perkahwinan kedua buat bekas suami pelakon Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan bersama pilihan hatinya, Zarema Zainal.


Antara persiapan pemain bola sepak ini termasuklah dari segi busana perkahwinannya yang ditempah dari butik Cosry.


Menerusi laman Instagramnya, Aidil telah memuatnaik gambarnya bersama pereka fesyen, Putra Aziz dengan ‘caption’ berbunyi: “Fitting at Cosry with Abg @putraaziz_cosry.”


Aidil Zafuan Rancak Buat Persiapan Kahwin


Rasanya, mungkin perkahwinannya bakal diraikan dengan penuh meriah kerana sudah mendapat restu keluarga berbanding sebelum ini.


Apa pun, diharap Aidil walaupun sudah berkahwin tidak akan melupakan tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anaknya hasil perkahwinan sebelum ini. – MyNewsHub

Erra Fazira: Jangan Anggap Saya Kuat Kerana Tidak Menangis


Erra Fazira: Jangan Anggap Saya Kuat Kerana Tidak Menangis


Erra Fazira: Jangan Anggap Saya Kuat Kerana Tidak Menangis - Walaupun dikatakan tenang ketika Engku Emran melafazkan cerai, namun jauh di sudut hati, tiada siapa tahu apa yang dirasai oleh ibu kepada Engku Aleesya ini.


“Gelora, berkecamuk, tenang atau tidak tenang, itu dalaman kita. Orang tak boleh adili apa yang saya rasa kerana saya lalui perkara ini dengan cara saya sendiri. Jangan anggap saya kuat kerana orang tak tahu apa yang tersimpan di dalam hati saya. Apa yang boleh saya katakan, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya,” tutur Erra ketika ditemui usai rakaman ‘Primadona’, pada Selasa.


Walaupun terpaksa berhadapan dengan proses perceraian pada sebelah tengah hari, namun pelakon ‘Sembilu’ ini tetap gigih ke set rakaman program ‘Primadona’ pada sebelah petangnya. Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik ini juga kelihatan tabah, tidak seperti segelintir wanita lain yang sedih apabila terpaksa berhadapan dengan perceraian.


“Orang nampak saya kuat tapi orang tak tahu apa yang saya tanggung. Kita tak tahu apabila air mata itu akan keluar dan tidak dinafikan, ada masa saya rasa jatuh dan rebah. Walau bagaimanapun, kekuatan ini datang kerana rasa tanggungjawab saya terhadap keluarga. Jika saya rebah dan menangis depan keluarga, anak dan rakan-rakan, macam mana saya nak tolong diri saya dan juga keluarga,” kata Erra lagi.


DALAM pada itu, berita penceraiannya mungkin mengejutkan bagi sesetengah pihak terutama peminatnya tetapi bagi Erra dan keluarga terdekatnya, perkara ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana mereka sudah mengetahui apa yang berlaku dalam rumah tangganya sebelum ini.


“Mungkin ini satu kejutan buat orang ramai tapi bukan satu kejutan buat saya dan suami. Keluarga terdekat juga tidak terkejut kerana mereka tahu apa yang berlaku. Saya tahu dari dulu lagi orang dahagakan jawapan tapi saya minta maaf kerana tak dapat nak beritahu. Apa yang pasti, sekarang ini semuanya sudah terlerai dan segala jawapan sudah pun terjawab,” katanya memetik portal Gua.


“Saya ada sebab kenapa pendamkan perkara ini. Bukan kerana saya mementingkan diri namun saya ada alasan yang tersendiri. Perkara ini melibatkan hal rumah dan masalah dalaman keluarga. Itu adalah hal peribadi dan saya tak boleh kongsi kepada semua mengenai perkara ini. Saya harap semua orang menghormati dengan keputusan saya ini,” ujarnya lagi. - MyNewsHub

Empat Tahun Sorok Mayat Suami


Empat Tahun Sorok Mayat Suami


Empat Tahun Sorok Mayat Suami - LONDON : Seorang wanita dipenjara tiga tahun selepas didapati bersalah mengebumikan secara rahsia suaminya di kawasan berbukit berbatu.


Rebekah Sturdey dituduh berbuat demikian kerana mahu terus memperoleh faedah saraan suaminya yang berjumlah £57,000 (RM314,712) selama lebih empat tahun.


Wanita berkenaan yang berusia 56 tahun mengebumikan suaminya secara rahsia dengan bantuan dua rakan.


Pegawai mengesyaki sesuatu tidak kena apabila elaun hilang upaya dan bayaran pencen berjumlah £77,318 (RM426,893) kepada Geoffrey sedangkan kali terakhir dia dilihat ialah pada 2008.


Mahkamah dimaklumkan bahawa Rebekah memberitahu penyiasat bahawa suaminya bercuti mengelilingi Eropah.


Pendakwa raya Huw Rees berkata: “Ketiga-tiga wanita itu mengebumikan mayat Geoffrey di ladang mereka. Rebekah dan rakannya Boqer-Ore Adie masih menuntut bayaran saraan Geoffrey sehingga perbuatan mereka terbongkar tahun lalu.”


Boger-Ore ialah penjaga Geoffrey yang berdaftar dan dia dibayar elaun untuk menjaga lelaki berkenaan. Pasukan forensik menghabiskan kira-kira £20,000 (RM110,399) untuk menyiasat dari udara dan darat bagi mengesan tempat Geoffrey dikebumikan. – MyNewsHub